Cara Bayaran Di Website Kami

Setiap orang mempunyai cabaran untuk melakukan sesuatu. Lebih lebih lagi melibatkan teknologi dan wang ringgit. Setuju? Kami di Perlashine Kapsul Mutiara sangat memahami kerisauan anda mengenai pembayaran.

Situasi 1: 'Bayar online ke kena beratur panjang kat bank untuk Cash Deposit Machine?'

Situasi 2: 'Nak sangat beli Perlashine, tapi tak confident dengan bayaran online'

Situasi 3: 'Kalau guna credit card boleh? Tak boleh guna, malaslah beli'

Berdasarkan 3 situasi di atas, kami sangat yakin dan percaya bahawa isu cara pembayaran boleh diselesaikan. Jadi untuk menyelesaikan isu ini, kami di Perlashine Kapsul Mutiara menyediakan 3 KAEDAH PEMBAYARAN untuk memudahkan urusan pembayaran anda.

Bayar menggunakan Senangpay Payment Gateway - Dikhususkan untuk anda yang ingin melakukan transaksi dengan menggunakan kad kredit dan pembayaran secara online. Mudah, cepat dan selamat!

Bayar menggunakan Billplz Payment Gateway - Tiada kad kredit? Tiada masalah! Anda boleh membeli secara online dengan membayar melalui Billplz. Pelbagai pilihan bank mengikut akaun milik anda boleh dipilih.

Bayar secara manual - Jika anda adalah salah seorang dari kumpulan yang tidak mempercayai pembayaran secara 'online', tiada masalah. Kami menyediakan platform pembayaran terbaik bagi membolehkan anda membeli di laman web. Tekan butang 'Klik Disini' selepas memilih jumlah unit yang anda hendak beli. Lakukan pembayaran di CDM terdekat dan muat naik gambar resit sebagai bukti pembayaran. Selesai!

Namun, suka kami disini untuk mengingatkan bahawa pembelian secara manual tidak akan mempunyai keistimewaan tertentu berbanding dengan pembayaran melalui Senangpay & Billplz.